~NOTE~

Khamis, 3 Februari 2011

ApA iTu MuNaFiK????

Assalamualaikum...


Skg,ramai yang bercakap tentang MUNAFIK...apa yang kita semua tahu tentang MUNAFIK....
ok...disini ada sedikit sebanyak yang blh ana kongsikan dengan sahabat2 sekalian tentang MUNAFIK....


ilmu yang xberapa banyak nie la yang ana nak kongsikan bersama....


MUNAFIK
Munafik adalah seorang yang berpura pura beriman kepada allah,tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya..


ApA cIrI2 mUNaFiK????



1.  Dusta  
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka 
baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA 
AGAR ORANG2 TERTAWA."  
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: 
"Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."  


2. Khianat  
sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan 
janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada 
seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur 
syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.  


3. Fujur dalam pertikaian  
sabda Rasulullah SAW:  
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"  


4. Ingkar Janji  
sabda Rasulullah SAW:  
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika 
dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)  


5. Malas Beribadah 
Firman Allah SWT:  
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."  
(An-Nisa': 142)  
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu 
rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf 
yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi 
untuk menyemak dan menghayatinya.  


6. Riya'  
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia 
mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak 
zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, 
dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.  


7. Sedikit Berzikir  
Firman Allah SWT:  
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka 
bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah 
SWT kecuali sedikit sekali.  
(An-Nisa': 142)  


8. Mempercepat Solat 
Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa 
khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit 
mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak 
menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.  
Hadith Nabi SAW:  
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"  


9. Mencela orang-orang yang Taat dan Soleh  
Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung 
cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita 
temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 
SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakanakan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat 
kepada Allah SWT  


10. Memperolok-olok Al-Quran, As-Sunnah, dan Rasulullah SAW 
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang 
disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolokolok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.  
Firman Allah SWT:  
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu 
berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."  
(At-Taubah: 65-66)  


11. Bersumpah Palsu  
Firman Allah SWT:  
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."  
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)  
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung 
bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi 
kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu 
menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu 
adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.  


12. Enggan Berinfak  
Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik 
berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan 
mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan 
bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, 
apalagi jiwa.  


13. Tidak menghiraukan nasib Kaum Muslimin  
Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At 
Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. 
Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.  


14. Suka menyebarkan Khabar Dusta  
Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir 
lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam 
majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" 
Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa 
orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak 
akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.  


15. Mengingkari Takdir 
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh 
kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya 
berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama 
manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN 
TAKDIR.  


16. Mencaci maki kehormatan orang-orang Soleh  
Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelekjelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.  
Firman Allah SWT:  
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat 
kebaikan..."  
(Al-Ahzab: 19)  


17. Sering meninggalkan Solat Berjamaah  
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur 
say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, 
maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.  


18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan  
Firman Allah SWT:  
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka 
bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' 
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi 
mereka tidak sedar."  
(Al-Baqarah: 11-12)  


19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin 
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, 
tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, 
kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK 
KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam 
batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan 
kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.  


20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun  
Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya 
hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh 
persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan 
keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin 
keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.  21. Beruzur dengan Dalih Dusta  
Firman Allah SWT:  
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan 
janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka 
telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benarbenar meliputi orang-orang yang kafir."  
(At-Taubah: 49)  


22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan  
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 
beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, 
penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, 
menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.  


23. Bakhil  
Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan 
mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk 
kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.  


24. Lupa kepada Allah SWT  
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa 
ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala 
sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah 
terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN 
SEMATA-MATA.  


25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya  
Firman Allah SWT:  
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam 
hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."  
(Al-Ahzab: 12)  


26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin  
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak 
menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada 
zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan 
lain2.  


27. Sombong dalam Berbicara  
Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan 
suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya 
dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR 
TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, 
MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak 
memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah 
kemunafikannnya.  


28. Tidak memahami Ad Din  
Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak 
memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan 
mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuanpengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak 
mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog 
(bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.  


29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa  
Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya 
dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. 
Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: 
berpura-pura taat  
Firman Allah SWT:  
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal 
Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia 
yang Allah tidak redhai..."  
(An-Nisa': 108)  


30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki 
terhadap Kebahagian mereka  
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa 
suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil 
menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon 
pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan 
begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam 
hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu. 


renung2kan....
salam ukhuwwah...^_^
(jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai jalan pencarian ilmu.......)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan